Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan empat hilang selepas hujan lebat melanda tengah dan selatan Taiwan selama beberapa hari, lapor Anadolu memetik laporan media tempatan pada Isnin.
Menurutnya, kematian membabitkan dua di Kaohsiung dan satu di Nantou County, semuanya berpunca daripada kemalangan kenderaan berkaitan cuaca.



