Sejak fajar Ahad, sekurang-kurangnya 70 orang awam terbunuh, termasuk 37 pencari bantuan, dan berpuluh-puluh cedera dalam pencerobohan Israel yang berterusan di Jalur Gaza dilanda perang, lapor WAFA pada Ahad.
Menurutnya, sumber perubatan dan saksi mata melaporkan, pasukan pendudukan menyasarkan kumpulan orang awam sementara menunggu untuk menerima bantuan makanan, mengakibatkan 37 orang terbunuh di pelbagai kawasan, termasuk sekurang-kurangnya tujuh di kawasan selatan dekat bandar Khan Yunis, di mana tembakan langsung dilakukan dekat koridor Morag dikawal Israel.
Menurut sumber, jumlah mangsa dijangka meningkat berikutan kecederaan kritikal di tengah-tengah sistem kesihatan hampir runtuh dan pengepungan berterusan menghalang kemasukan bekalan perubatan, lapor agensi berita Palestin itu.
Menurutnya, angka kematian di Jalur Gaza telah mencecah 60,839, yang majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan pencerobohan Israel pada Oktober 2023 dan sekurang-kurangnya 149,588 yang lain cedera.



