Lebih 20 pendatang maut dan berpuluh-puluh masih hilang selepas bot penyeludup yang membawa kira-kira 150 pendatang Afrika karam di luar pantai Wilayah Abyan di selatan Yaman, lapor Xinhua memetik sumber Yaman pada Ahad.
Seorang pegawai tempatan yang tidak dikenali memberitahu Xinhua, bot itu terbalik lewat malam Sabtu sekitar jam 11:00 malam waktu tempatan (2000 GMT) akibat angin kencang.
Menurutnya laporan itu, pasukan lapangan menemui lebih 20 mayat dari pantai bandar Shaqra dan Zinjibar pada pagi Ahad, manakala 12 mangsa diselamatkan dan dipindahkan ke Hospital Besar Shaqra untuk rawatan, kata pegawai itu, sambil menyatakan berpuluh-puluh pendatang masih hilang.



