4 maut dalam tembakan bar di Montana AS

Empat orang maut dalam kejadian tembakan di bar pada Jumaat di Anaconda, negeri Montana AS, lapor Xinhua yang menurutnya dilaporkan media tempatan memetik pegawai penguat kuasa undang-undang.

Tembakan itu berlaku pagi Jumaat di The Owl Bar di Anaconda, sebuah bandar yang terletak di barat daya Montana, Xinhua memetik laporan NBC Montana.

Menurut laporan itu, suspek dikenali sebagai Michael Paul Brown, menurut catatan Facebook oleh Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Daerah Anaconda-Deer Lodge.

“Dimaklumkan suspek menembak dipercayai bersenjata dan berbahaya,” kata catatan itu seperti dipetik.

Menurutnya, pegawai menyiarkan gambar suspek di Facebook dan menasihatkan orang ramai supaya menjauhi kawasan Stumptown dan kawasan sekitarnya.

Peronda Lebuhraya Montana juga dilaporkan berkata dalam catatan Facebook terdapat “kehadiran penguatkuasaan undang-undang yang berat di barat Anaconda dekat Stumptown Road dan Anderson Ranch Loop Road.”

“Pihak berkuasa sedang mencari suspek yang dipercayai bersenjata. Sila elakkan kawasan itu,” agensi itu dipetik berkata.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju