Lebih 100 orang terbunuh dalam 2 hari cari makanan di Gaza

Seorang pegawai PBB membangkitkan kebimbangan pada Jumaat mengenai peningkatan jumlah kematian dan kecederaan dalam kalangan orang awam di Jalur Gaza yang terbunuh ketika cuba mendapatkan bekalan makanan asas, lapor Anadolu.

Memetik Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), timbalan jurucakap Farhan Haq memberitahu pemberita, sejumlah besar orang dilaporkan terus terbunuh dan cedera ketika mencari makanan.

“Menurut rakan hak asasi manusia kami, lebih 100 orang terbunuh dalam dua hari lepas sahaja, dengan ratusan yang lain cedera di sepanjang laluan konvoi makanan atau berhampiran hab pengedaran tentera Israel,” Haq dipetik berkata.

OCHA menegaskan bahawa “tidak ada sesiapa pun yang boleh dipaksa mempertaruhkan nyawa mereka untuk mencari makanan”, dia dipetik berkata.

“Orang awam mesti sentiasa dilindungi, dan penyampaian bantuan peringkat komuniti secara berskala besar mesti dipermudahkan, bukan dihalang,” kata Haq seperti dilaporkan Anadolu.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju