Polis lengkapkan kertas siasatan kes artis lelaki dakwa difitnah di media sosial

KUALA LUMPUR – Polis sedang melengkapkan kertas siasatan membabitkan seorang pelakon dan penyanyi lelaki popular yang mendakwa dirinya difitnah menerusi satu hantaran berunsur provokatif di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) selepas siasatan selesai dijalankan.

“Setakat ini, kita sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada pihak DPP untuk tindakan selanjutnya.

“Kita juga sudah merakam keterangan empat individu bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Sebelum ini, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, memaklumkan laporan polis diterima daripada artis lelaki berkenaan pada jam 4.12 petang, 18 Julai lalu.

Menurutnya, laporan dibuat selepas artis itu tidak berpuas hati terhadap kandungan satu hantaran oleh pemilik akaun Threads yang didakwa berunsur fitnah, provokasi dan hasutan serta disebarkan secara terbuka kepada umum.

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju