SHIJIAZHUANG, 29 Julai – Pasukan penyelamat menemui lapan mayat dan meneruskan usaha mencari empat lagi yang masih hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah perkampungan di wilayah Hebei, utara China awal Isnin, kata pihak berkuasa tempatan pada Selasa.
Tanah runtuh itu, yang dicetuskan oleh hujan lebat, melanda kampung di daerah Luanping, bandar Chengde. Usaha menyelamat masih dijalankan.
Perkhidmatan meteorologi tempatan meramalkan lebih banyak hujan pada petang Selasa di kawasan sudah digenang air, meningkatkan risiko tanah runtuh dan aliran serpihan.
Pihak berkuasa tempatan telah mengumumkan rancangan untuk memindahkan semua penduduk kampung sebagai langkah berjaga-jaga.
XINHUA



