Rasuah mudahkan lulus pelan bangunan, 3 pegawai PBT direman SPRM

KUALA TERENGGANU – Tiga pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini direman tiga hari kerana disyaki menerima suapan RM25,000 sebagai balasan memudahkan urusan permohonan pelan kelulusan bangunan.

Majistret Yuhanis Mohd Roslan membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (PDRM) untuk mereman suspek selama enam hari hingga 2 Ogos ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia 40-an hingga 50-an ditahan jam 2.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut dari 2015 hingga tahun 2019.

“Ketiga-tiga suspek dipercayai menerima rasuah dalam jumlah berbeza yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM25,000 melalui transaksi pemindahan wang ke akaun peribadi masing-masing membabitkan 14 projek,” katanya.

Sumber memberitahu, tangkapan ini adalah susulan penangkapan seorang pengarah sebuah agensi kerajaan pada Januari lalu membabitkan rasuah RM900,000.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek dan kes disiasat di mengikut Seksyen 17(a) ASPRM 2009.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju