Kes pecah masuk kediaman cucu Tun Mahathir: Polis teliti rakaman CCTV

KUALA LUMPUR – Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian kes pecah masuk kediaman cucu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang di sini Rabu lalu, yang mengakibatkan mangsa kerugian RM1.8 juta.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan ketika dihubungi Bernama memaklumkan pasukannya sedang giat menyiasat kes itu.

“Kita sedang siasat dan setakat semalam, masih belum dikenal pasti (suspek). Kita juga sedang meneliti kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di kediaman mangsa,” katanya.

Beliau semalam mengesahkan kepada media, sebuah kediaman milik cucu kepada bekas perdana menteri itu dipecah masuk mengakibatkan mangsa kehilangan barang kemas bernilai RM1.8 juta yang disimpan di dalam bilik di rumah berkenaan.

Difahamkan kejadian itu disedari oleh pembantu rumah pada jam 3 petang Rabu lalu selepas mendapati pintu pagar di bahagian belakang rumah dipotong dan biliknya dimasuki pencuri.

BH ONLINE – BERNAMA

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju