VLADIVOSTOK, 24 Julai – Serpihan pesawat penumpang yang hilang pada Khamis ditemui di Wilayah Amur Timur Jauh Rusia, dengan tiada mangsa terselamat dilaporkan, kata perkhidmatan kecemasan tempatan.
Pesawat An-24, dikendalikan oleh Angara Airlines, dalam perjalanan dari Khabarovsk ke Tynda dengan singgah di Blagoveshchensk. Terdapat 43 penumpang di dalamnya, bersama enam kru, kata Gabenor Wilayah Amur Vasily Orlov di media sosial Telegram.
Serpihan itu ditemui di lereng gunung kira-kira 15 km dari bandar Tynda, menurut perkhidmatan kecemasan.
“Tiada laporan daripada kru mengenai sebarang masalah atau kerosakan teknikal, dan tiada isyarat kecemasan dihantar,” agensi berita TASS memetik perkhidmatan kecemasan tempatan sebagai berkata.
Pesawat itu dijangka menghubungi pengawal trafik udara di pusat pemeriksaan kawalan dekat lapangan terbang Tynda, tetapi gagal mendaftar masuk di tempat itu.
Anggota mencari dan menyelamat telah dihantar ke lokasi.
XINHUA



