Bergesel sesama sendiri sebelum dilanggar rakan lain

SEREMBAN – Kemalangan yang menyebabkan tiga maut dekat Kilometer 262.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat sini, jam 2.30 pagi tadi membabitkan 15 motosikal, sebuah kereta dan sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika penunggang motosikal dari arah Senawang menghala ke ibu negara secara berkumpulan di lorong tengah dan lorong kanan.

“Sampai di tempat kejadian, tiga motosikal dalam kumpulan berada di hadapan dikatakan bergesel dan berlanggar sesama sendiri lalu terjatuh ke jalan.

“Ia mengakibatkan 12 motosikal lain di belakang tidak sempat mengelak sebelum dikatakan melanggar tiga motosikal berkenaan.

“Akibat perlanggaran itu, semua yang terbabit turut jatuh ke jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, sebuah kereta dan sebuah lori turut dilanggar sebahagian daripada 12 motosikal terbabit di belakang dan sisi kanan kenderaan.

“Akibat kemalangan ini, kedua-dua penunggang motosikal masing-masing jenis Yamaha NVX dan seorang penunggang motosikal jenis tidak pasti disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“12 penunggang motosikal lain dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini untuk rawatan lanjut yang mana dua daripadanya cedera parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Ketiga-tiga penunggang yang maut dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat,” katanya.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju