Penguat kuasa KPDN dituduh minta rasuah RM8,500

SEREMBAN – Penolong Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan meminta rasuah RM8,500 daripada seorang lelaki, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Sahzul Hisam Samsuri, 51, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah secara rasuah meminta suatu suapan iaitu wang berjumlah RM8,500 daripada S Mogan, 53.

Ia sebagai dorongan kepada tertuduh tidak meneruskan siasatan kes kesalahan membawa minyak masak terpakai tanpa lesen.

Perbuatan itu dilakukan pada 11 September 2022 melalui panggilan telefon antara tertuduh dengan Mogan di sekitar Seremban.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya KPDN, Asmaa’ Zamri menawarkan jaminan RM8,000 dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Selangor setiap bulan dan menyerahkan pasport sekiranya ada.

Mahkamah menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan dimohon pihak pendakwaan.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju