6 warga Malaysia ditahan di Kemboja, disyaki cuba seludup 62kg ganja ke UK

PHNOM PENH – Enam rakyat Malaysia ditahan oleh pegawai anti-narkotik Kemboja selepas disyaki cuba menyeludup hampir 62 kilogram ganja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh ke United Kingdom (UK).

Akhbar The Phnom Penh Post pada Rabu melaporkan bahawa semua suspek ditahan pada 16 Julai oleh Jabatan Anti-Dadah Kemboja dengan kerjasama pihak kastam dan pihak berkuasa lapangan terbang.

Menurut jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Mahkamah Wilayah Phnom Penh, bahan terlarang itu dijumpai tersembunyi dalam empat bagasi dan mereka dipercayai merancang berlepas ke London menerusi Hong Kong.

“Selepas meneliti dokumen kes, pihak pendakwa raya telah mendakwa enam suspek terbabit atas kesalahan menyeludup ganja di terminal berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh,” kata jurucakap itu seperti dilaporkan media.

Mereka akan didakwa di bawah Artikel 40 Akta Kawalan Dadah Kemboja.

BH ONLINE – BERNAMA

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju