MANILA, 19 Julai – Sebuah kereta berlanggar dengan sebuah bas penumpang di wilayah Laguna, selatan Manila, pada Sabtu, membunuh tiga dan mencederakan ramai, kata polis tempatan.
Polis berkata nahas berlaku sebelum fajar pada Sabtu di lebuh raya di San Pablo City.
Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan, di mana tiga disahkan meninggal dunia.
Polis telah menahan pemandu bas itu ketika siasatan berhubung perlanggaran itu diteruskan.
XINHUA



