Selepas ibu, si anak pula meninggal dunia akibat kemalangan Isnin lalu

KULIM – Remaja perempuan yang dirawat di Hospital Kulim akibat kecederaan parah selepas terbabit dalam kemalangan bersama ibunya di simpang Padang Limau, Jalan Kulim-Mahang berhampiran Balai Polis Sungai Kob, Isnin lalu, meninggal dunia, semalam.

Nurul Suhada Balqis Mohd Azizudin, 15 tahun yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Mutiara meninggal dunia, meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kulim jam 6.20 petang semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan yang memaklumkan kematian remaja itu selepas dua hari ibunya terkorban dalam.

Ibu remaja itu Suhana Hamid, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian jam 4.40 petang itu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Isnin lalu, dilaporkan seorang ibu maut manakala anak perempuannya yang berusia 15 tahun cedera di kepala selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan selepas simpang Padang Limau, Jalan Kulim – Mahang berhampiran Balai Polis Sungai Kob.

Dalam kejadian itu, suri rumah itu yang menaiki motosikal jenis SYM itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian badan manakala anaknya dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju