Amy Search buat laporan polis terhadap Shila Amzah – Peguam

SHAH ALAM – Penyanyi Datuk Amy Search membuat laporan polis terhadap Shila Amzah berhubung isu yang tular baru-baru ini.

Peguam Datuk M Reza Hassan yang mewakili Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman mengesahkan perkara itu dan memberitahu anak guamnya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, malam tadi.

“Amy memfailkan laporan terhadap Shila Amzah dan memberi keterangan kepada pegawai penyiasat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan laporan polis dibuat Amy, malam tadi.

“Ya ada (laporan polis), tapi lebih kepada ‘covering report’ dan penafian, laporan dirujuk ke IPD (Ibu Pejabat Polis) Dang Wangi,” katanya.

Sebelum ini, seorang individu mendakwa Nabila adalah punca Amy bertindak mengherdik Shila ketika sesi latihan konsert di Stadium Merdeka pada Khamis lalu.

Dakwa individu terbabit, Nabila yang kini sudah berusia 41 tahun perlu bertindak matang dalam mengendalikan masalah dalaman keluarga.

Terdahulu, susulan insiden itu Shila membuat laporan polis namun tidak menyebut nama ‘penyerang’ membuatkan nama vokalis Wings, Datuk Awie antara artis dalam acara sama yang dipetik netizen.

Bagaimanapun, malam tadi Shila mengesahkan Amy sebagai individu berkenaan, sekali gus meleraikan persoalan ramai.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, memaklumkan kertas siasatan sudah lengkap dan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan menunggu arahan selanjutnya.

Siasatan dijalankan selepas Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah membuat satu laporan polis kira-kira jam 5.31 petang, Khamis lalu.

Berikutan itu polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju