Suami isteri pengasas program motivasi eHati antara 6 direman tiga hari

SHAH ALAM – Pasangan suami isteri yang juga pengasas program motivasi rumah tangga bersama empat individu lain direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis selepas semua suspek terdiri empat wanita dan dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam.

Semua individu berusia 26 hingga 57 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengaibkan kehormatan seseorang; Seksyen 294 Kanun Keseksaan iaitu berkelakuan tidak senonoh dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Peguam, Datuk M Reza Hassan, berkata beliau mewakili empat individu iaitu pasangan suami isteri pengasas syarikat berkenaan bersama anaknya dan seorang peserta program terbabit.

“Pihak kami memfailkan permohonan mengkaji semula keputusan Majistret yang membenarkan reman selama tiga hari.

“Salah seorang anak guam saya sudah mengemukakan laporan perubatan kerana tidak sihat, namun tidak diterima mahkamah, sebab itu kami memfailkan permohonan mengkaji semula keputusan itu,” katanya ketika ditemui selepas proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, semua enam individu berkenaan di tiba di mahkamah pada jam 11 pagi bagi permohonan reman.

Semalam, pasangan pengasas itu ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Kedua-dua mereka ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam selepas memberi keterangan di IPD Petaling Jaya.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju