‘PDRM tiada agenda mahu jatuhkan reputasi Kelantan’

KOTA BHARU – Polis Kelantan tidak mempunyai agenda tertentu atau mahu menjatuhkan reputasi negeri ini dalam pendedahan isu dadah, termasuk kejayaan rampasan dibuat kerana fokus utamanya adalah jihad memerangi bahan terlarang itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, menegaskan tugasnya sebagai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiada kena mengena dengan dakwaan mengatakan mahu menjatuhkan imej Kelantan.

“Apa yang pasti, isu dadah dan penyeludupan di Kelantan adalah serius dan berleluasa. Berikutan itu, apabila dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan, fokus utama saya adalah jihad dadah dan ini yang saya perjuangkan.

“Hasilnya, sejak Januari tahun ini sehingga kelmarin, rampasan membabitkan pelbagai jenis dadah di seluruh Kelantan adalah hampir RM22 juta. Jumlah itu meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu bernilai RM6.8 juta,” katanya kepada BH.

Mohd Yusoff berkata, tidak sepatutnya timbul isu beliau mahu menjatuhkan Kelantan dalam jihad memerangi dadah di negeri ini kerana beliau sendiri adalah anak jati Kelantan.

“Semestinya sebagai anak jati Kelantan, saya mahu menyelamatkan negeri ini daripada jenayah dadah. Malah, saya juga bukan orang politik dan sudah tentu tiada agenda tersembunyi.

“Apa yang saya bongkarkan berhubung rampasan dadah ini adalah hasil kerja keras polis, bukannya mahu mengaitkan dengan sentimen negeri,” katanya.

Mohd Yusoff menegaskan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sebelum ini sudah mengeluarkan kenyataan mengatakan faktor utama kepada kegiatan jenayah adalah berpunca daripada dadah.

“Inilah yang saya mahukan supaya apabila isu dadah dapat ditangani, jenayah lain seperti mencuri, merompak, bunuh ibu dan sebagainya dapat dikurangkan. Untuk atasi jenayah lain, benda paling penting kita mahu basmi dadah dahulu dan jihad dadah ini akan terus dipertingkatkan.

“Jadi mana-mana pihak atau netizen yang mendakwa saya mempunyai agenda tertentu atau mahu menjatuhkan Kelantan, itu tidak benar sama sekali. Dalam jihad terhadap dadah ini, saya tidak mengharapkan pujian manusia, kerana yang saya harapkan hanyalah reda dan pujian Allah SWT,” tegasnya.

Mengulas lanjut Mohd Yusoff berkata, bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini juga, seramai 14,618 pesalah narkotik direkodkan di negeri ini, berbanding 15,007 pada tempoh sama pada tahun lalu,” katanya.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju