‘China menentang sebarang tarif yang tidak munasabah’ – Wang Yi

KUALA LUMPUR – Menteri Luar China, Wang Yi menegaskan pihaknya menentang sebarang tarif tidak munasabah yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).

Perkara itu dinyatakan Wang Yi ketika ditemui wartawan di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini hari ini.

“(Kami) menentang tarif yang tidak munasabah,” katanya ringkas apabila ditanya mengenai pendirian China berhubung isu berkenaan.

Wang Yi ketika ditanya sama ada akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio yang turut menghadiri mesyuarat sama, sebaliknya hanya tersenyum tanpa memberikan sebarang komen.

Terdahulu hari ini, jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning, turut mengkritik tarif “sewenang-wenangnya” seperti levi 50 peratus ke atas tembaga yang diumumkan oleh Presiden AS, Donald Trump atas alasan keselamatan negara.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai “tidak menguntungkan mana-mana pihak”.

Mao turut menegaskan bahawa China sentiasa menentang penyalahgunaan konsep keselamatan negara untuk tujuan perdagangan.

Trump sebelum ini mengumumkan bahawa levi keselamatan negara AS sebanyak 50 peratus ke atas import tembaga – logam penting untuk tenaga hijau dan teknologi lain – akan mula berkuat kuasa pada 1 Ogos.

Isnin lalu, Trump mula memaklumkan kepada rakan dagang tentang kenaikan mendadak tarif AS bermula 1 Ogos, selepas menangguhkan hampir semua tarif April kecuali 10 peratus, bagi memberi masa kepada negara-negara terlibat merundingkan perjanjian perdagangan dengan ekonomi terbesar dunia itu.

China, yang menjadi sasaran utama dengan tarif melebihi 100 peratus, mempunyai tempoh sehingga 12 Ogos untuk mencapai persetujuan dengan Rumah Putih bagi mengelakkan penguatkuasaan semula sekatan import tambahan yang dikenakan semasa pertukaran tarif balas pada April dan Mei lalu.

Malaysia turut tidak terkecuali apabila dikenakan tarif import sebanyak 25 peratus. Tindakan itu dimaklumkan secara rasmi melalui sepucuk surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan dipercayai merupakan sebahagian daripada strategi menyeluruh AS untuk menyeimbangkan semula perdagangan antarabangsa.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju