AMM KE-58: Menteri Luar Russia Sergey Lavrov tiba di Malaysia untuk mesyuarat peringkat tinggi

SUBANG JAYA – Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov tiba di sini hari ini untuk menghadiri mesyuarat peringkat tinggi sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) yang dianjurkan oleh Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN 2025.

Lavrov mengetuai delegasi Russia ke mesyuarat itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula Isnin lalu hingga esok.

Delegasi mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 8.27 pagi dan disambut oleh Setiausaha Bahagian Tugas-Tugas Khas, Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abd Rahman dan Duta Besar Russia ke Malaysia, Naiyl M Latypov.

Beliau dijadual menyertai Persidangan Pasca Menteri-Menteri Luar ASEAN-Russia dan Forum Serantau ASEAN (ARF), bersama rakan dialog utama yang lain.

Lavrov juga dijangka mengadakan perbincangan dua hala dengan beberapa rakan sejawatnya di luar sesi mesyuarat tersebut.

Russia menjalin hubungan dengan ASEAN pada 1991 dan menjadi rakan dialog sepenuhnya pada 1996.

Pada 2018, kedua-dua pihak telah meningkatkan hubungan itu kepada Perkongsian Strategik.

Sementara itu, Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan dan Menteri Luar Switzerland, Ignazio Daniele Giovanni Cassis, juga tiba awal pagi ini untuk menghadiri mesyuarat peringkat tinggi yang diadakan sempena AMM.

Kedua-dua negara merupakan Rakan Sektoral ASEAN.

Pesawat membawa Fidan mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 2.30 pagi, manakala pesawat yang membawa Cassis dan isterinya, Paola Rodoni Cassis, mendarat jam 12.44 tengah malam.

Turut tiba pagi ini ialah Menteri Hal Ehwal Luar, Pekerjaan Asing dan Pelancongan Sri Lanka, Vijitha Herath, bersama delegasinya yang mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada jam 6.31 pagi.

AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan, yang diadakan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, menampilkan 24 mesyuarat peringkat menteri, termasuk pertemuan dengan rakan dialog ASEAN dan rakan dialog sektoral.

Mesyuarat peringkat tinggi yang sedang berlangsung di KLCC ini menghimpunkan kira-kira 1,500 delegasi.

BH ONLINE – BERNAMA

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju