
NEW DELHI, 9 Julai – Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan lebih enam cedera apabila kenderaan mereka terjatuh ke dalam sungai berikutan jambatan runtuh di negeri Gujerat di barat India pada Rabu, kata polis tempatan.
Sebahagian daripada jambatan Gambhira yang berusia empat dekad runtuh pada waktu awal hari, sekali gus mengganggu perhubungan antara bandar Anand dan Vadodara di negeri itu. Akibat tragedi itu, aliran kenderaan terjejas teruk di kawasan itu.
Polis mengesahkan sembilan mayat ditemui di sungai berkenaan. Mereka yang cedera telah dimasukkan ke hospital tempatan.
XINHUA, 9.7.2025



