Lelaki didakwa rogol anak tiri 15 tahun

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan merogol anak tiri berusia 15 tahun di sebuah rumah di Marang, tahun ini.

Bagaimana tertuduh berusia 39 tahun membuat pengakuan tidak bersalah serta memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Nor Aklima Wan Salleh.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anak tirinya berusia 15 tahun lapan bulan tanpa kerelaan mangsa, yang mana hubungan tertuduh dengan mangsa adalah tidak dibenarkan bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Marang kira-kira jam 3.30 petang, 16 Jun lalu.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di alamat rumah yang sama pada waktu kira-kira jam 5.30 petang pada 18 Jun lalu.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih dari tiga puluh tahun dan juga boleh dikenakan sebat tidak kurang dari sepuluh sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad.

Terdahulu, Nur Aisyah memohon supaya ditawarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Tertuduh membuat rayuan memohon ikat jamin dikurangkan dengan alasan banyak tanggungan.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin RM18,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta tidak mendekati atau mengganggu mangsa dan saksi sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 10 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju