Makmal dadah bawah tanah dibongkar di Kazakhstan

ALMATY, 7 Julai – Pihak berkuasa menutup makmal dadah bawah tanah di daerah Karasay, wilayah Almaty, Kazakhstan, lapor agensi berita Kazinform negara itu pada Isnin.

Kemudahan haram yang terletak di kawasan pinggir bandar itu dikendalikan oleh dua warga asing dari negara jiran dan digunakan untuk pengeluaran dan pengedaran dadah sintetik.

Menurut Daniyar Meirkhan, pemangku pengerusi Jawatankuasa Membanteras Jenayah Dadah Kementerian Dalam Negeri, lebih 11 kilogram dadah sintetik dikenali sebagai mephedrone telah dirampas dalam serbuan itu.

Operasi itu menghalang kira-kira 35,000 dos tunggal, dianggarkan bernilai 1.6 juta dolar AS, daripada sampai ke pasaran.

Selain itu, polis merampas 20 liter dan 115 kilogram bahan psikotropik, bersama lebih 2 tan prekursor kimia yang boleh digunakan untuk menghasilkan sehingga 120 kilogram dadah sintetik.

Jumlah kerosakan kepada dunia penjenayah dianggarkan sebanyak 17.5 juta dolar.

“Individu yang ditahan telah ditempatkan di kemudahan tahanan sementara. Kerja di kawasan ini sedang dijalankan,” kata Meirkhan.

XINHUA

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju