ABUJA, 7 Julai – Sekurang-kurangnya 21 orang maut dan tiga lagi cedera pada Ahad selepas sebuah trak dan sebuah bas berlanggar secara berdepan dan terbakar di negeri Kano di utara Nigeria.
Kemalangan itu, yang berlaku di lebuh raya Zaria-Kano di kawasan Kasuwar Dogo, berpunca daripada pelanggaran laluan pemandu bas, kata Muhammed Bature, komander sektor Kor Keselamatan Jalan Raya Persekutuan Negeri Kano.
Nahas itu mencetuskan kebakaran yang menyambar kedua-dua kenderaan, kata Bature sambil menyatakan mangsa yang cedera dibawa ke hospital kerajaan.
Kemalangan jalan raya yang membawa maut sering dilaporkan di Nigeria, selalunya disebabkan oleh muatan berlebihan, keadaan jalan buruk dan pemanduan melulu.
XINHUA