KAHERAH, 2 Julai – Sekurang-kurangnya empat orang maut dan 22 lagi cedera selepas sebuah tongkang karam di Teluk Suez, kata kementerian kesihatan Mesir pada Rabu.
Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital tempatan sementara penyelamatan masih dijalankan, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Pengerusi Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA) Osama Rabie berkata pada Rabu, kejadian karam berlaku di kawasan yang dipanggil Gabel El-Zeit, tapak pengeluaran minyak Mesir yang terkenal sekitar 209 km ke selatan Terusan Suez.
Dia berkata pergerakan trafik kekal teratur dan tidak terjejas kerana kemalangan itu berlaku di luar laluan Terusan Suez, sambil menambah bahawa SCA bersedia untuk bekerjasama dengan agensi berkenaan untuk memberikan bantuan diperlukan.
Kementerian Petroleum dan Sumber Mineral Mesir mengesahkan pada Selasa, tongkang luar pesisir “Adam Marine 12,” yang dimiliki oleh Syarikat Minyak Shukheir Luar Pesisir, terbalik pada awal hari di Teluk Suez.
XINHUA