Sebuah jet perniagaan persendirian yang membawa lapan orang terhempas semasa berlepas di Lapangan Terbang Bangor di negeri Maine AS pada malam Ahad, menurut berita Xinhua.
Lapangan Terbang Antarabangsa Bangor dilapor berkata dalam satu kenyataan, kru kecemasan bertindak balas terhadap kejadian itu sekitar jam 7:45 malam Waktu Timur, dan lapangan terbang itu telah ditutup sementara.























