Lapan orang terbunuh dan lima lagi cedera dalam kemalangan kereta di selatan Ghana awal Sabtu, lapor Xinhua memetik Perkhidmatan Bomba Kebangsaan Ghana (GNFS).
Nahas berlaku pada 3:50 pagi waktu tempatan (0350 GMT) di lebuh raya Cape Coast-Accra, membabitkan sebuah Mercedes-Benz dan trak Hino, Abdul Wasiu Hudu, pegawai perhubungan awam wilayah GNFS dilaporkan berkata.
Abdul Wasiu berkata jalan itu telah dibersihkan dan dibuka semula kepada lalu lintas, sementara siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca nahas.



