Tujuh anggota jawatankuasa keamanan pro-kerajaan terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan bersenjata di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan, kata polis pada Jumaat, menurut laporan Xinhua.
Xinhua melaporkan, menurut polis, militan bersenjata lengkap menyerang pusat jawatankuasa keamanan di daerah Bannu lewat Khamis, mencetuskan berbalas tembak yang berlangsung beberapa jam.
Seorang pegawai polis dilapor memberitahu Xinhua, tujuh ahli jawatankuasa terbunuh di tempat kejadian, manakala seorang lagi mengalami kecederaan kritikal dan dipindahkan ke hospital berdekatan.
Pasukan keselamatan dilaporkan meningkatkan rondaan di kawasan itu dan melancarkan operasi mencari susulan kejadian itu.



