Tujuh kehilangan nyawa dan dua lagi cedera apabila sebuah kereta berlanggar dengan sebuah bas penumpang di wilayah Wardak di timur Afghanistan pada Jumaat, lapor Xinhua memetik kenyataan pejabat polis wilayah.
Kemalangan maut itu dilaporkan berlaku di jalan raya menghubungkan ibu kota negara itu Kabul ke wilayah Kandahar pada petang Jumaat, kata kenyataan itu.
Jalan raya yang merentasi wilayah Wardak itu dikatakan sering menyaksikan kemalangan jalan raya yang membawa maut akibat kecuaian pemandu.



