Sekurang-kurangnya tujuh orang, termasuk lima kanak-kanak, maut dan empat lagi cedera selepas hujan lebat melanda kawasan Jodh Ghati di daerah Kathua di Jammu dan Kashmir dikuasai India, lapor Xinhua memetik pegawai polis tempatan pada Ahad.
Tragedi itu berlaku antara 3:30 pagi dan 4:00 pagi apabila banjir kilat dan tanah runtuh akibat hujan lebat melanda kawasan itu.
Operasi menyelamat masih diteruskan untuk membawa keluar mangsa dari kawasan terjejas.
Awal minggu ini, hujan lebat melanda sebuah kampung di daerah Kishtwar di Jammu dan Kashmir dikuasai India, meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa, dan hampir 100 orang hilang.



