7 hilang selepas letupan gudang bunga api di California Utara

LOS ANGELES, 2 Julai – Tujuh orang tidak dapat dikesan selepas beberapa siri letupan di sebuah gudang bunga api mencetuskan kebakaran besar pada Selasa di California Utara, Amerika Syarikat, kata pihak berkuasa tempatan pada Rabu.

Letupan berlaku di sebuah kemudahan di Yolo County, barat laut Sacramento, mencetuskan kebakaran sekitar jam 6 petang Selasa waktu tempatan (0100 GMT Rabu) di pekan Esparto.

Kebakaran tidak dapat dikawal setakat tengah hari Rabu, menurut kemas kini Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire).

Pegawai Daerah Yolo mengeluarkan perintah pemindahan mandatori untuk radius satu batu mengelilingi tapak tersebut. Pejabat Syerif Daerah menasihatkan penduduk mengelak kawasan itu selama beberapa hari sementara siasatan mengenai punca letupan diteruskan.

Sehingga lewat pagi Rabu, Cal Fire melaporkan tujuh individu masih hilang. Kakitangan kecemasan sedang giat bekerja untuk menentukan lokasi mereka.

Kemalangan itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus menjejaskan hampir 2,200 pelanggan Pacific Gas and Electric di kawasan sekitar.

XINHUA

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju