Tujuh orang disahkan maut berikutan tanah runtuh dicetuskan oleh hujan di Guangzhou, ibu kota Wilayah Guangdong di selatan China, pada pagi Rabu, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.
Tanah runtuh itu dilaporkan berlaku kira-kira 8:30 pagi di Kampung Dayuan di Daerah Baiyun, Guangzhou, memerangkap 14 orang dan merosakkan beberapa rumah, menurut biro pengurusan kecemasan daerah itu.
Operasi menyelamat dikatakan telah selesai, dengan tujuh orang cedera dihantar ke hospital. Mereka tidak dalam keadaan mengancam nyawa, dan tiga sudah dibenarkan keluar, biro itu dipetik berkata.



