6 terbunuh dalam serangan Boko Haram di Cameroon

Sekurang-kurangnya enam orang awam terbunuh awal Ahad apabila militan kumpulan pengganas Boko Haram menyerbu tiga komuniti di wilayah Utara Jauh Cameroon, menurut sumber keselamatan dan penduduk tempatan, lapor Xinhua.

Militan dilaporkan menyerang serentak kawasan Onzal, Mandoussa dan Modoko di wilayah itu selama lebih tiga jam. Gambar dan video yang dikongsi penduduk tempatan di media sosial menunjukkan hartanah dan bangunan termasuk hospital yang dibakar semasa serangan itu.

“Kami sedang tidur apabila tiba-tiba terdengar bunyi tembakan dan teriakan. Mereka (militan Boko Haram) menembak sewenang-wenangnya. Ia sangat menakutkan. Ada antara kami berjaya melarikan diri ke semak dan mereka hanya membunuh dan menculik mereka yang tidak dapat melarikan diri,” kata seorang mangsa serbuan kepada Xinhua melalui telefon tetapi meminta untuk tidak dinamakan atas sebab keselamatan.

Sumber keselamatan dilaporkan berkata, militan menculik beberapa penduduk kampung termasuk kanak-kanak.

Boko Haram beroperasi di wilayah itu sejak 2014. Militan biasanya menyasarkan orang awam dan tentera dalam serbuan.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju