6 maut dalam kemalangan jalan raya negeri Punjab di India

NEW DELHI, 22 Julai – Empat pelajar kolej adalah antara enam orang yang maut dalam dua kemalangan jalan raya berasingan di negeri Punjab di utara India, seorang polis mengesahkan pada Selasa.

Dalam kemalangan pertama yang dilaporkan dari daerah Bathinda, Punjab, sebuah kereta yang membawa empat pelajar kolej merempuh sebuah trak yang datang dari arah bertentangan. Keempat-empat pelajar maut di tempat kejadian.

Menurut polis, tayar kereta itu pecah sehingga menyebabkannya tidak seimbang. Dipandu dengan laju, ia melompat pembahagi jalan dan bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

Dalam kemalangan jalan raya berasingan, dilaporkan dari kawasan Mukerian daerah Hoshiarpur, dua orang maut apabila kereta mereka melanggar pos polis. Kereta itu bergerak dengan laju dari wilayah Jammu menuju ke ibu kota Punjab, Chandigarh apabila ia mengalami kemalangan itu, kata seorang polis.

XINHUA

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju