Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan beberapa lagi cedera pada petang Khamis apabila sebuah kereta api berlanggar dengan sebuah bas di Naivasha, kira-kira 90 km barat laut ibu kota Kenya, Nairobi, lapor Xinhua memetik polis.
Nahas itu dilaporkan melibatkan bas kakitangan milik Syarikat Paip Kenya (KPC) milik kerajaan dan kereta api Kenya Railways di lintasan, Komander Polis Daerah Kecil Naivasha, Anthony Keter dipetik berkata.
Siasatan awal menunjukkan pemandu bas cuba menyeberangi landasan kereta api tanpa memeriksa kereta api yang akan datang, Keter dipetik berkata kepada pemberita di tempat kejadian.



