6 maut dalam banjir kilat di pekan sempadan Myanmar-China

Banjir monsun di pekan Myanmar dikuasai pemberontak di sempadan pergunungan negara itu dengan China mengorbankan enam orang, Berita Arab menyiarkan laporan AFP memetik jurucakap kumpulan bersenjata yang mengawal kawasan itu pada Rabu.

Pekan utara Laiza yang bersempadan dengan wilayah Yunnan China telah melaporkan banjir kilat sejak awal Isnin, apabila air berlumpur setinggi pinggang mula mengalir melalui jalan, menurut laporan itu.

Laiza dikatakan kubu kuat Tentera Kemerdekaan Kachin (KIA), yang selama beberapa dekad menguasai kawasan etniknya sendiri dan muncul sebagai salah satu puak paling berkuasa dalam perang saudara Myanmar.

“Banyak air mengalir menuruni gunung ke sungai,” jurucakap KIA, Naw Bu dipetik berkata.

“Aliran air terlalu deras dan memusnahkan kawasan sekitar sungai,” katanya dipetik.

“Enam orang terbunuh dalam banjir dan 100 rumah musnah.”

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju