6 maut, 29 cedera dalam rempuhan di kuil Hindu di Uttarakhand, India

NEW DELHI, 27 Julai – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 29 lagi cedera pada Ahad dalam kejadian rempuhan di sebuah kuil Hindu di negeri Uttarakhand di utara India, kata polis.

Rempuhan berlaku di kuil Mansa Devi di daerah Haridwar, kira-kira 53 km ke selatan Dehradun, ibu kota Uttarakhand.

Nampaknya khabar angin mengenai renjatan elektrik yang menjejaskan seorang penganut di tangga, 100 meter dari laluan kuil, membuat orang lain panik, menyebabkan rempuhan di tempat kejadian, kata seorang pegawai kanan polis, Pramendra Singh Dobal.

“Kami sedang menyiasat perkara itu,” katanya.

Pihak berkuasa menggegaskan polis dan pasukan tindak balas bencana negeri ke tempat kejadian bagi menjalankan operasi bantuan dan menyelamat.

Haridwar adalah salah satu destinasi ziarah utama bagi penganut Hindu. Polis berkata orang ramai telah berkumpul di kuil sebelum rempuhan.

Visual televisyen menunjukkan penganut yang cedera dibawa ke hospital dengan ambulans dan beberapa yang lain menjalani rawatan di dalam kemudahan kesihatan.

Polis bimbang jumlah kematian mungkin meningkat.

XINHUA

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju