6 maut, 10 cedera apabila dron Israel serang timur Lubnan

Enam orang terbunuh dan 10 yang lain cedera pada Khamis dalam serangan dron baharu Israel di timur Lubnan, menandakan pelanggaran baru perjanjian gencatan senjata yang dilaksanakan sejak akhir 2024, lapor Anadolu.

Menurutnya, Agensi Berita Nasional (NNA) milik kerajaan Lubnan, memetik kenyataan Kementerian Kesihatan, berkata serangan itu melanda sebuah kenderaan di jalan antarabangsa al-Masnaa di Lembah Bekaa, membunuh lima orang dan mencederakan 10 yang lain.

Satu lagi serangan dron dilaporkan membunuh seorang awam Lubnan di pekan Kfar Dan, barat Baalbek di timur Lubnan.

Menurut agensi itu seperti dilaporkan Anadolu, seorang lelaki sedang berdiri di luar rumahnya ketika dia menjadi sasaran dron itu.

Israel dilaporan melancarkan operasi ketenteraan di Lubnan pada 8 Okt 2023, yang memuncak menjadi perang berskala penuh menjelang September 2024, membunuh lebih 4,000 orang dan mencederakan sekitar 17,000.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju