5 sekeluarga dibakar hidup-hidup di timur India: polis

NEW DELHI, 7 Julai – Lima orang dalam sebuah keluarga dibakar hidup-hidup di sebuah perkampungan di negeri Bihar di timur India pada Isnin kerana syak bahawa si mati terlibat dalam sihir, atau ilmu hitam, kata polis tempatan.

Insiden itu dilaporkan dari daerah Purnea di Bihar.

Polis tempatan menemui mayat dan menahan sekurang-kurangnya tiga orang yang didakwa terlibat dalam pembunuhan itu. Dipercayai kebanyakan penduduk kampung itu terlibat, sama ada secara langsung atau tidak, dalam jenayah berdarah itu yang mencetuskan gelombang kejutan di seluruh negeri.

XINHUA