46 terkorban, lebih 100 cedera dalam banjir kilat di Kashmir dikuasai India

Sekurang-kurangnya 46 orang dilaporkan terkorban dan lebih 100 lagi cedera pada Khamis selepas banjir kilat melanda Kashmir dikuasai India.

Kejadian itu melanda kampung Chositi di daerah Kishtwar, kira-kira 290 km tenggara Srinagar, ibu kota musim panas Kashmir dikuasai India.

Menurut laporan Xinhua memetik pegawai, banjir kilat itu menyebabkan kerosakan meluas di kampung itu.

Banjir itu dilaporkan menghanyutkan beberapa struktur, termasuk dapur komuniti, kedai dan pos keselamatan, selain beberapa kenderaan yang diletakkan di tempat itu.

“Dalam tragedi hari ini yang melanda sebuah kampung di Kishtwar di sini, 46 orang dilaporkan maut dan lebih 100 lagi cedera,” kata seorang pegawai dilaporkan Xinhua.

“Penyelamat yang tiba di lokasi telah berjaya menarik sekurang-kurangnya 200 orang ke tempat selamat dari timbunan runtuhan.”

“Terdapat kebimbangan jumlah kematian mungkin meningkat, memandangkan laporan ramai orang dilaporkan hilang,” pegawai itu dipetik berkata.

Chositi ialah kampung terakhir di daerah Kishtwar dan tempat persinggahan di laluan ziarah menuju ke kuil Hindu yang terletak pada ketinggian 3,000 meter di pergunungan.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju