ANKARA – Timbalan Menteri Kesihatan Iran Iraj Harirchi mengumumkan pada Sabtu, angka kematian akibat serangan udara Israel meningkat kepada 430, dengan lebih 3,500 orang awam cedera sejak permulaan serangan pada 13 Jun, menurut kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan dipetik oleh media tempatan.
Serangan Israel telah menyasarkan pelbagai tapak, termasuk depot peluru berpandu, kemudahan nuklear, dan kawasan kediaman di Tehran, Isfahan, Qom, Khorramabad, dan bandar-bandar lain.
Antara sasaran dilaporkan ialah tapak nuklear di Isfahan, yang menurut pihak berkuasa Iran tidak mengalami kebocoran berbahaya.
ANADOLU