Empat orang terbunuh dalam insiden tembakan di pinggir Baitulmaqdis, kata perkhidmatan ambulans Israel, manakala polis berkata pelaku telah terbunuh, menurut Reuters.
Tidak jelas siapa yang melakukan tembakan atau apakah motifnya. Polis Israel menyifatkan penembak sebagai “pengganas” tanpa menyatakan berapa ramai yang terlibat dalam kejadian itu.
Perkhidmatan ambulans dilaporkan berkata sebelum ini 15 orang cedera dan sekurang-kurangnya lima dalam keadaan serius dengan kesan tembakan.
Paramedik yang tiba di tempat kejadian menemui mangsa terbaring di atas jalan dan kaki lima dekat perhentian bas, sebahagian daripada mereka tidak sedarkan diri, menurut Reuters.



