4 rakyat Palestin cedera dalam serangan kolonis Israel di Ramallah dan Hebron

Empat rakyat Palestin dilaporkan cedera dalam serangan kolonis atau penjajah Israel dalam dua kejadian berasingan, di Ramallah dan Hebron.

Dalam kejadian di pekan Al-Mazra’a ash-Sharqiya di timur Ramallah, WAFA memetik sumber tempatan melaporkan, dua pemuda Palestin cedera ditembak dalam serangan penjajah, pada awal Jumaat, dengan seorang cedera di dada manakala seorang lagi di tangan.

Mereka dipindahkan ke Kompleks Perubatan Palestin di Ramallah, di mana keadaan mereka disifatkan sebagai stabil.

Kawasan di sekitar pekan itu dilaporkan telah menyaksikan peningkatan dalam serangan penjajah dalam beberapa minggu kebelakangan ini, sebagai sebahagian daripada dasar pendudukan berterusan untuk mengembangkan pos haram dengan mengorbankan tanah rakyat Palestin.

Dalam kejadian di Masafer Yatta, selatan Hebron, menurut laporan WAFA memetik aktivis tempatan, seorang warga Palestin dan isterinya cedera pada pagi Jumaat, selepas diserang oleh ektremis penjajah.

Aktivis Osama Makhamreh dilaporkan berkata penjajah menyerang rumah penduduk Palestin di perkampungan Susiya di Masfer Yatta, memukul seorang lelaki dan isterinya dengan kayu, menyebabkan mereka cedera di kepala.

Kedua-duanya dipindahkan ke hospital untuk rawatan.

Geng penjajah, di bawah perlindungan tentera pendudukan, menurut laporan WAFA, telah meningkatkan serangan ke atas rakyat Palestin dan harta benda mereka di Masafer Yatta untuk memaksa mereka meninggalkan tanah mereka untuk kepentingan pengembangan penjajah.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju