Sebuah pesawat kecil pengangkutan perubatan terhempas dan terbakar pada Selasa di Navajo Nation, Arizona AS, mengorbankan semua empat orang di dalamnya, lapor Xinhua.
Pesawat itu terhempas dan terbakar sekitar jam 12:40 tengah hari waktu tempatan (1940 GMT) Selasa dekat Lapangan Terbang Chinle, Jabatan Polis Navajo dipetik berkata dalam satu kenyataan disiarkan di laman Facebook rasminya.
Pesawat itu dalam perjalanan untuk mengambil pesakit dari hospital berdekatan ketika kejadian, dan keempat-empat individu yang terbunuh dalam nahas itu disifatkan sebagai kakitangan perubatan bukan tempatan, laporan Xinhua memetik polis.
Navajo Nation ialah kawasan rizab Orang Asli Amerika terbesar di Amerika Syarikat, merentas bahagian Arizona, New Mexico dan Utah.



