Empat orang, termasuk dua wanita, maut akibat sesak nafas dan seorang cedera apabila kebakaran berlaku di sebuah kedai elektronik di kawasan Raja Garden di Delhi Barat pada Isnin, lapor Xinhua memetik jabatan bomba tempatan.
Sebaik kebakaran berlaku, anggota polis tempatan dan Perkhidmatan Bomba Delhi bergegas ke lokasi untuk memadam kebakaran dan menyelamatkan orang ramai.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Vichitra Veer dipetik berkata, “setibanya di sana, orang ramai dimaklumkan bahawa lima individu terperangkap di dalam. Selepas usaha dilakukan, semua mereka dibawa keluar dan dihantar ke hospital. Empat orang telah kehilangan nyawa dalam kemalangan malang ini, manakala seorang dalam rawatan.”



