Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 30 yang lain mengalami kecederaan melecur, sesetengahnya kritikal, selepas sebuah lori tangki gas petroleum cecair (LPG) meletup berikutan kemalangan jalan raya di negeri Punjab di utara India, lapor Xinhua memetik pegawai pada Sabtu.
Kebakaran dilaporkan berlaku pada malam Jumaat dekat kawasan perindustrian di daerah Hoshiarpur, kira-kira 137 km barat laut Chandigarh, ibu kota Punjab.
Menurut pegawai, sebuah van pikap berlanggar dengan lori tangki LPG, menyebabkan letupan dan kebakaran besar. Empat rumah dan 15 kedai di sekitar dilaporkan rosak.



