Kebakaran melanda sebuah rumah di Charles County, Maryland, pada Ahad, mengorbankan empat kanak-kanak dan dua orang dewasa, lapor AP memetik pihak berkuasa.
Seorang berjaya menyelamatkan diri daripada kebakaran itu yang dilaporkan sekitar 8:40 pagi di rumah di Waldorf, kira-kira 55 batu (88 kilometer) selatan Baltimore, AP memetik laporan WTOP-TV.
Kira-kira 70 anggota bomba dilaporkan mengambil masa lebih sejam untuk mengawal api.
Seorang anggota bomba dimasukkan ke hospital dan seorang lagi responder pertama dirawat di tempat kejadian kerana kecederaan yang tidak dinyatakan.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Ketua Timbalan Marsyal Bomba Negeri Oliver Alkire dipetik berkata, kebakaran itu berpunca dari sebelah kanan rumah di dalam anjung tertutup.
Umur dan nama mangsa tidak didedahkan setakat petang Ahad.



