35 rakyat Palestin terbunuh oleh tembakan Israel di Gaza

Seramai 35 rakyat Palestin terbunuh pada Isnin dalam tembakan dan bedilan Israel di seluruh Gaza, sekurang-kurangnya 12 daripada mereka sedang menunggu bantuan kemanusiaan, lapor Xinhua memetik Pertahanan Awam Gaza.

Mahmoud Basal, jurucakap Pertahanan Awam, dilaporkan berkata 11 rakyat Palestin terbunuh dalam tembakan Israel yang menyasarkan rumah mereka di kawasan Shuja’iyya, timur bandar Gaza, lima terbunuh dalam tembakan Israel yang menyasarkan sekumpulan rakyat di kawasan Al-Tawam, barat laut bandar itu, dan dua lagi terbunuh di kawasan Beit Lahia, utara bandar itu.

Di tengah Gaza, serangan udara Israel membunuh tiga rakyat Palestin di bandar Deir al-Balah, dan tembakan tentera Israel membunuh sembilan rakyat Palestin dan mencederakan sekurang-kurangnya 50 yang lain menunggu makanan dekat pusat pengedaran bantuan dikendalikan AS, kata Basal seperti dilaporkan.

Di selatan Gaza, dua rakyat Palestin terbunuh dalam tembakan Israel di kawasan Qizan al-Najjar, selatan Khan Younis, katanya sambil menyatakan dua orang, termasuk seorang wanita, terbunuh dan lebih 20 lagi cedera dalam tembakan tentera Israel ke atas sekumpulan rakyat Palestin dekat pusat pengedaran bantuan di utara Rafah, dan seorang wanita terbunuh dekat pusat pengedaran bantuan di Khan Younis.

Sekurang-kurangnya 9,440 rakyat Palestin terbunuh dan 37,986 lagi cedera sejak Israel memperbaharui serangan intensif di Gaza pada 18 Mac, menjadikan jumlah kematian sejak Oktober 2023 kepada 60,933, dan kecederaan kepada 150,027, Xinhua memetik pihak berkuasa kesihatan berpangkalan di Gaza pada Isnin.

Lima kematian baharu akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kematian keseluruhan seumpama itu sejak Oktober 2023 kepada 180, termasuk 93 kanak-kanak, kata pihak berkuasa seperti dilaporkan.

Menurut Xinhua, pada Isnin juga, pejabat media kerajaan dikendalikan Hamas berkata dalam satu kenyataan, hanya 80 trak bantuan memasuki Gaza pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan trak bantuan memasuki enklaf itu sejak kebenaran kemasukan bantuan Israel pada 27 Julai kepada 674, banyak kurang daripada 4,800 trak yang sepatutnya memasuki Gaza dalam tempoh yang sama.

Sekurang-kurangnya 600 trak perlu memasuki kawasan itu setiap hari untuk memenuhi keperluan minimum kehidupan, katanya seperti dilaporkan, menuduh Israel “mengekalkan dasar kelaparan dan huru-hara”.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju