Sekurang-kurang 34 rakyat Palestin, termasuk 26 di bandar Gaza, terbunuh sejak fajar Rabu dalam serangan Israel di pelbagai kawasan di Jalur Gaza, menurut laporan Agensi Berita & Info Palestin (WAFA).
Menurut WAFA, sumber perubatan berkata 15 terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan Israel ke atas khemah menempatkan orang kehilangan tempat tinggal di barat bandar Gaza.
Empat rakyat dilaporkan terbunuh apabila dron Israel mengebom sekumpulan orang yang dipindahkan di tengah-tengah Khan Yunis, manakala seorang yang menunggu bantuan terbunuh oleh tembakan Israel di Khan Yunis.
Seorang rakyat dilaporkan turut terbunuh dan yang lain cedera apabila pesawat Israel menyasarkan Menara Taiba 2 bertentangan dengan Pelabuhan Gaza.



