Akhbar Israel Maariv melaporkan pada Isnin peningkatan mendadak mangsa akibat serangan peluru berpandu Iran semasa perang 12 hari “Israel” ke atas Iran baru-baru ini, di mana “Israel” mengalami kerosakan teruk akibat serangan balas Iran.
Memetik data daripada Kementerian Kesihatan Israel, laporan itu mendedahkan, kira-kira 3,345 peneroka mengalami kecederaan dan menerima rawatan di hospital sepanjang perang. Antaranya, 23 peneroka masih dalam keadaan kritikal, manakala tiga lagi meninggal dunia akibat kecederaan semasa dimasukkan ke hospital.
Peperangan itu juga membawa kesan psikologi yang ketara.
Kementerian melaporkan peningkatan ketara dalam kes kesihatan mental berkaitan trauma, termasuk lonjakan dalam kedua-dua, pesakit baharu dan berulang yang mendapatkan sokongan psikologi di tengah-tengah peningkatan.
Laporan itu menyatakan bahawa 11,070 peneroka telah dipindahkan dan ditempatkan di 97 pusat penerimaan tetamu di seluruh “Israel”.
Menurut Maariv, beribu-ribu yang lain kekal di penginapan sementara seperti hotel, tanpa petunjuk bila mereka mungkin boleh pulang ke rumah.
AL MAYADEEN